Tiada Pelajar Malaysia Cedera Dalam Serangan Di Ohio State University

KUALA LUMPUR – Semua pelajar Malaysia dilaporkan selamat susulan kejadian serangan di Ohio State University (OSU), Amerika Syarikat pada Isnin, menurut Education Malaysia Washington DC.

 

Media Amerika melaporkan seorang pelajar merempuh kumpulan pejalan kaki dengan keretanya di kampus Columbus, Ohio sebelum menyerang pelajar lain dengan pisau pemotong daging sebelum kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.

 

“Dimaklumkan semua 296 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat,” kata pejabat pendidikan itu.

 

Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.

 

Dilaporkan penyerang itu adalah pelajar universiti berketurunan Somalia. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.