#PAU2014: Akta Hasutan, Zahid Seru SKMM & Jabatan Peguam Beri Kerjasama

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 hari ini menyeru agar Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam bekerjasama dan berganding bahu untuk menjalankan Akta Hasutan 1948 di negara ini.

Ini berikutan keputusan pada Khamis lalu oleh Presiden, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang mahu mengekalkan dan mempertahankan Akta Hasutan 1948 dari dimansuhkan atas desakan dari beberapa pihak termasuk dari parti pembangkang.

Juga, Zahid mahukan dua jabatan ini sentiasa membantu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk berdepan dengan isu-isu yang boleh disabitkan di bawah akta ini.

“Presiden wajib diberikan penghargaan kerana mempertahankan Akta Hasutan 1948. Hidup Najib!

“Tetapi keputusan ini, saya fikir setelah Presiden mengambil kira ucapan mutakhir yang diberikan Timbalan Presiden. Tepukan untuk Timbalan Presiden. Desakan oleh Ketua Wanita, Keberanian Ketua Pemuda, semangat Ketua Puteri, jangan lupa kita di Bahagian-Bahagian dalam usul telah minta PM mengekalkan akta Hasutan. NGO Melayu, Islam, Bloggers, terima kasih pemimpin Melayu yang tak pernah jemu.

“Minta SKMM, Jabatan Peguam, kena kerjasama jangan bebankan polis, tuduh polis, polis tangkap, siasat, kita desak,” kata Zahid di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Tambah Zahid lagi, kejayaan perlaksanaan Akta Hasutan 1948 telah membuahkan hasil di mana penurunan kadar penahanan pesalah yang didakwa di bawah akta ini.

Janji Zahid, beliau akan terus menjalankan akta ini terhadap pesalah agar dapat membendung gejalan jenayah mahu pun kesalahan yang dilakukan dari berleluasa dalam negara ini.

“Dalam Akta Hasutan berjaya menuduh 40 orang, tahun ini sahaja 12 orang semuanya ada telah dituduh.

“Saya janji selepas diperkasakan, saya akan ambil tindakan segera kepada pesalah ini,” katanya.

Zahid turut menyatakan usaha beliau mengenai Akta Hasutan 1948 tidak akan dijalankan seorang diri, sebaliknya, akan turut dibantu oleh media social untuk meneruskan serangan terhadap anasir-anasir yang menghalang akta ini terus dilaksanakan.

Malah, beliau turut mengingatkan penggiat-penggiat media sosial agar saling bantu-membantu dan tidak menyerang sesama sendiri agar matlamat dibawah meneruskan Akta Hasutan 1948 dapat dicapai.

“Insya-Allah saya tidak berseorangan. Kita kena siap siaga, minda perang semua peringkat, pukul gendang perang, ada minda perrang, perang siber, psikologi, saraf, ‘best form of defence is to attack’.

“Kita mesti attack semua musuh-mush kita di luar sana. Tapi jangan attack sesama sendiri, jangan bunuh sesama sendiri, jangan sorong belakang sama sendiri. Gunakan kekuatan siber untuk kuatkan UMNO bukan jatuhkan kawan-kawan. Setuju?” kata Zahid lagi.

One thought on “#PAU2014: Akta Hasutan, Zahid Seru SKMM & Jabatan Peguam Beri Kerjasama

  • November 29, 2014 at 6:49 pm
    Permalink

    hari tu zahid cakap nak siarkan video isis penggal kepala..dia ada buat tak?

    ps: tak tengok live 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.