Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Lion Air

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 yang dilaporkan terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa, Indonesia setakat ini.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan butiran terperinci mangsa yang terbabit dalam tragedi itu.

“Kementerian Luar ingin mengesahkan berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh daripada kerajaan Indonesia, pesawat Lion Air JT-610 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu Indonesia Barat, terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa selepas 15 minit berlepas.

“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit di dalam kejadian ini. Pihak Kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi memantau perkembangan terkini.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut mengenai kejadian ini boleh menghubungi pihak Kedutaan menerusi emel mwjakarta@kln.gov.my/jkonsular@gmail.com atau nombor telefon +62215224947 dan +6281380813036 (whatsapp),” katanya.

Menurut kenyataan itu, pesawat jenis Boeing 737-800 membawa seramai 188 orang penumpang termasuk seorang kanak-kanak, dua bayi serta tujuh kru, sedang dalam penerbangan dari Jakarta ke Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung.

“Usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilaksanakan oleh pasukan penguatkuasa Indonesia di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu lagi. -SuaraTv

One thought on “Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Lion Air

  • October 29, 2018 at 7:44 pm
    Permalink

    Tahziah pd yg terkorban pd lion air hari ini…sedih duka atas kemalangan maut ini .. harap tabah bersabar …. semoga semua dpt dijumpai walau telah meninggal dunia… allah swt jua yg maha mengetahui…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.