Sanjeevan Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap MP Yang Cabul Gadis 15 Tahun

SHAH ALAM – Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap seorang Ahli Parlimen yang didakwa telah mencabul seorang remaja berusia 15 tahun.

Aktivis itu berkata, remaja berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung perlakuan ahli politik yang juga bekas menteri kanan di Balai Polis Kangar pada 20 Oktober lalu.

“Kenapa Ahli Parlimen tersebut belum ditangkap lagi?” tulisnya di Twitter, sambil turut menyertakan (tagged) nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Hannah Yeoh.

Sanjeevan turut memuatnaik gambar remaja didakwa mangsa cabul tersebut yang dikaburkan.

Dalam tweet berasingan, aktivis itu mendedahkan pemimpin politik yang didakwa melakukan perbuatan itu adalah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sementara itu, FMT melaporkan bahawa sememangnya terdapat satu laporan polis yang dibuat di Perlis terhadap ahli politik kerana didakwa mencabul seorang remaja.

Bagaimanapun laporan itu yang dibuat oleh seorang gadis berusia 15 tahun, telah ditarik balik, kata Ketua Polis Negeri Noor Mushar Mohd.

Noor Mushar juga enggan mendedahkan butiran laporan itu.

“Terdapat laporan sedemikian tetapi pengadu telah menarik balik laporan tersebut. Kami tidak boleh meneruskannya dengan kes cabul,” katanya dipetik porta itu. -SuaraTv 

One thought on “Sanjeevan Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap MP Yang Cabul Gadis 15 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.