Pesawat Lion Air Hilang Dari Radar 13 Minit Selepas Berlepas

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Indonesia menjalankan operasi dan menyelamat sebuah pesawat tambang murah Lion Air yang dilaporkan hilang daripada radar selepas terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pukul 6.33 pagi tadi.

Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta, Jakarta, Indonesia pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dan terputus hubungan 13 minit kemudian.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi.

Sementara itu, portal antarabangsa Reuters melaporkan, pesawat tersebut terhempas

Jurucakap agensi pencari dan penyelamat Indonesia, Yusuf Latif berkata, pesawat Boeing 737 MAX 8 itu disahkan terhempas.

Bagaimanapun masih tidak jelas berapa ramai penumpang di dalam pesawat itu. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.