Netizen Kecam Exco Perak Perlakukan Piala Malaysia Macam Hak Peribadi

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Amanah Negara (Amanah) Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dikritik netizen berikutan tindakan beliau memperlakukan Piala Malaysia yang dimenangi pasukan bola sepak negeri itu seperti hak milik peribadi.

Beberapa foto Exco kerajaan negeri yang juga Presiden PAFA itu yang bergambar bersama piala tersebut di hotel penginapan termasuk diletakkan di atas meja makan dan di celah kangkang kini viral di media sosial.

“Tahikah (tahukah) Anda, player main bola bermati matian tapi Presiden buat Piala mcm dia yg punya. Kalau tak bangang bukan la PAN namanya,” tertera status kecaman di laman Facebook Hasbuljalil Raja Langkasuka.

Netizen lain yang bersetuju dengan kecaman tersebut turut mengkritik tindakan ADUN Titi Serong itu..

“X pnh lg dlm sejarah tgk org anggap piala serupa tok wan dia punya,” kata Nassrullah Sharip di ruangan komen Facebook berkenaan.

“Dah la masuk tinggal cuci kaki jer.. Pastu nk claim lebih2.. Tahi betul,” kata Meor Ahmad Azri pula.

“Bawak pusing 1 negeri dulu baru la nk simpan kat celah kangkang tu bugimaa,” ujar Muhammad Ridzuan Abdul Latif yang berkongsi status tersebut ke laman Facebooknya.

“Hahahahahahha dia ni lbih2..pdehal bkn dia yg brmatian nk majukn bola sepak perak,” komen Mrsz Sue menerusi perkongsiannya di Facebook.

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam kelmarin, Perak menamatkan kemarau penantian 18 tahun menjulang piala tersebut setelah menewaskan Terengganu FC dengan jaringan penalti 4-1. – SuaraTV

3 thoughts on “Netizen Kecam Exco Perak Perlakukan Piala Malaysia Macam Hak Peribadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.