Pesawat Boeing 737 MAX itu, hilang dari radar 13 minit selepas berlepas dari Jakarta, dan terjunam ke dalam laut selepas juruterbangnya menghubungi menara kawalan bagi memaklumkan permintaan untuk berpatah balik.

Difahamkan, pesawat tersebut gagal dikesan radar selepas permintaan tersebut dibenarkan.

“Jangkaan saya tiada yang terselamat dalam insiden ini kerana berdasarkan penemuan setakat ini, kami hanya menemukan cebisan mayat mangsa di antara serpihan yang terapung.

“Di samping itu, sekarang sudah berapa jam (pesawat tenggelam), jadi besar kemungkinan kesemua mangsa (sudah) terbunuh, kata Pengarah Operasi Pencarian, Bambang Suryo Aji.

Operasi mencari ini turut disertai oleh 40 penyelam, dengan pesawat itu dijangka berada pada kedalaman 30 hingga 40 meter. – AFP