Latheefa Dedah 10 Bukti Kaitkan Kem Rafizi Terlibat Sabotaj, Rasuah Dalam Pemilihan PKR

SHAH ALAM – Beberapa insiden kekecohan dan kekacauan yang berlaku semasa proses pemilihan PKR didakwa didalangi oleh pasukan Rafizi Ramli, calon yang bertanding sebagai Timbalan Presiden.

Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya yang membuat pendedahan itu turut menampilkan 10 bukti yang mengaitkan kesemua insiden itu mempunyai kaitan dengan mantan Ahli Parlimen Pandan itu.

 

“Jadi masih nak melaung-laungkan REFORMASI 20 tahun!,” sindir Latheefa. 

Sekalipun tidak menamakan Rafizi secara spesifik, namun dipercayai gelaran ‘budak kecik’ yang dimaksudkannya merujuk kepada Rafizi.

Ini kerana umum mengetahui pada pemilihan kali ini, Rafizi dan pasukannya membawa tema ‘ Reformasi 20 Tahun’,.

SPRM pada 16 September lalu menahan dua lelaki kerana disyaki terbabit dalam politik wang bagi pemilihan pemimpin cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kedah.

Kedua-dua suspek dikatakan meminta wang suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan agar namanya yang sudah didaftarkan untuk pemilihan parti dikekalkan di dalam sistem, sekali gus layak untuk bertanding.

Sabtu lalu pula, dua ahli PKR, termasuk calon ketua PKR cabang direman enam hari bagi membantu siasatan SPRM dipercayai ada kaitan kes salah laku rasuah.

SPRM menahan dua individu itu di Kimanis selepas menerima maklumat bahawa kedua-dua mereka didakwa terbabit dalam percubaan untuk memberi rasuah baru-baru ini.

Terbaru, semalam pemilihan bagi cabang Kuala Selangor di Stadium Kuala Selangor disabotaj gara-gara penemuan satu alat ‘jammer’ (alat penghadang talian) yang diletakkan di bahagian tempat duduk stadium itu.

Pemilihan bagi cabanh itu akhirnya terpaksa ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang ditetapkan.

Rafizi baru-baru ini mendakwa beliau sedang mendahului pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas 12 negeri sudah mengadakan pemilihan. -SuaraTv 

2 thoughts on “Latheefa Dedah 10 Bukti Kaitkan Kem Rafizi Terlibat Sabotaj, Rasuah Dalam Pemilihan PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.