Kerana Terlewat 10 Minit, Pemuda Terselamat Dari Menjadi Korban Nahas Lion Air

SHAH ALAM – Seorang pemuda tidak dapat menahan tangis kerana terlalu bersyukur, apabila beliau terselamat daripada menjadi salah seorang korban nahas pesawat Lion Air JT610 yang terhempas pagi tadi.

Memetik media tempatan, Sony Setiawan berkata, beliau terlewat 10 minit ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, menyebabkannya ketinggalan pesawat.

Kelewatan itu kata Sony disebabkan beliau terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Tol Cikampek, Karawang.

“Rumah saya di Bandung dan setiap minggu akan pulang. Jadi dari Bandung, saya akan ke Bandara (lapangan terbang) setiap Isnin pagi bagi menaiki Lion Air pada jam 6.10 pagi. 

“Kebiasaannya saya bertolak dari Bandung pada jam 11 malam dan sampai ke terminal 1B Jakarta sekitar jam 3.00 pagi, tapi kerana kesesakan lalu lintas yang teruk di Cikampek, saya sampai ke bandara jam 6.20 pagi, pesawat sudah pun berlepas,”kataya dipetik media tempatan.

Ketika mengetahui berita pesawat yang seharusnya dinaiki pagi tadi hilang dari radar, dia menangis dan bersyukur kerana terselamat kerana sebelum itu sudah mempunyai perasaan tidak sedap hati.

“Saya sampai menangis…inilah jalan takdir Allah buat saya untuk memperbaiki diri. Tidak ada firasat mengenai apa yang akan berlaku, cuma dari petang semalam saya sudah berasa tidak nyaman,”katanya.

Malah, dia turut mencetak ‘boarding pass’ yang sebelum ini tidak pernah dilakukannya.

”Saya check online kerana takut terlambat, tapi saya merasa terlalu malas untuk pergi. Biasanya saya tidak pernah mencetak boarding pass,” kata Sony.

Pesawat JT-610 dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada pukul 6.20 pagi (waktu tempatan) sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pukul 6.33 pagi, iaitu 13 minit kemudian.

Difahamkan, pesawat jenis Boeing 737 itu dijadualkan tiba di Pangkal Pinang, Belitung pada pukul 7.20 pagi.

Sementara itu, memetik laporan AFP, pesawat penumpang itu membawa 188 penumpang dan anak kapal -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.