Kenyataan Rina Harun Jelik & Dangkal – Shahanim

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani menyifatkan lontaran kenyataan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun mengenai perjuangan UMNO sudah terpesong dari mempertahankan dan memartabatkan hak keistimewaan Melayu merupakan satu kenyataan yang jelik lagi dangkal.

Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dalam kenyataannya hari ini berkata, Rina sepatutnya melihat dalam kerajaan Pakatan Harapan terlebih dahulu sebelum mengkritik parti UMNO mengenai perjuangan buat orang Melayu.

Ini kerana, PH sudah banyak menipu rakyat Malaysia melalui janji-janji menifesto yang ditabur sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hinggakan banyak perkara yang diberikan kepada orang Melayu ditarik oleh kerajaan selepas menang menjadi sebuah kerajaan hari ini.

“Beliau perlu sedar, kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lalu tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kerana kemenangan tersebut disebabkan janji-janji menifesto yang jelas menipu pengundi serta gerakan fitnah dan propaganda jahat untuk memperbodohkan rakyat berjaya dilaksanakan dengan liciknya. Sehingga rakyat terpedaya dengan hasutan dan dakyah jahat itu.

“Paling mengecewakan, setelah hampir 6 bulan sejak Pakatan Harapan mengambil alih teraju kepimpinan negara, sehingga kini masih belum ada satu pun pencapaian yang boleh di banggakan khususnya untuk orang Melayu,” kata Shahanim.

Shahanim turut memberitahu, antara bantuan yang sebelum ini diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan kebajikan dan pelbagai lagi sudah tidak lagi diberikan oleh kerajaan PH kepada rakyat yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, Shahanim memberikan contoh kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq di mana isu ‘Ketuanan Melayu’ di negara ini tidak seharusnya diperjuangkan lagi memerlukan penelitian oleh Rina Harun sendiri memandangkan kerajaan PH sebenarnya yang tidak memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu.

“Sedar atau tidak bantuan rakyat khususnya untuk orang Melayu telah di tarik perlahan demi perlahan antaranya tajaan untuk menunaikan haji, BR1M (bakal dihapuskan), bantuan bulanan untuk golongan nelayan, kakitangan kerajaan berstatus kontrak dibuang kerja dan banyak lagi.

“Paling menyedihkan peruntukan untuk membina masjid juga dibatalkan walaupun ia telah diluluskan sebelum ini. Malah Ketua Armada PPBM yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan secara lantang mengatakan parti itu tidak lagi berhasrat untuk memperjuangkan isu ‘Ketuanan Melayu’ di negara ini,” katanya.

Justeru itu, Shahanim menasihati Rina agar lebih produktif dan fokus memimpin kementerian yang dipegangnya supaya janji yang ditabur kepada rakyat dapat ditunaikan memandangkan kerajaan PH dapat ditumbangkan sama seperti kerajaan BN di masa akan datang.

“Kepada Rina ada baiknya beliau memberikan fokus terhadap kementerian yang diterajuinya terlebih dahulu dan di masa yang sama mencari jalan untuk memenuhi semua janji-janji di dalam manifesto yang dibentangkan dahulu,” tambah Shahanim lagi.

Rina Harun hari ini mengeluarkan kenyataan UMNO sudah tidak lagi relevan dalam memperjuangkan dan memartabatkan nasib orang Melayu memandangkan banyak suara rakyat dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin dalam parti itu.

Rina juga mendakwa bebaban kos sara hidup tidak diselesaikan oleh UMNO meski pun sudah banyak rakyat mengeluh dan mengharapkan perubahan ketika BN masih lagi memerintah negara ini.

3 thoughts on “Kenyataan Rina Harun Jelik & Dangkal – Shahanim

  • October 29, 2018 at 8:44 pm
    Permalink

    Parti korup kau rasuah tk jelik kotor najis ke??? Korang dulu lagi penyamun perompak penyangak?? Jijik mual meluat sgt2 woh!! Rosak hancur musnah rudum junam dah!!! Usah mimpi nk pulih makin hancur hangus ada lah!! Rakyat da bijak..hari2 ada kes rasuah korang?? Masih ramai dlm senarai menunggu…jgn lari tau?? Terlampau korup rosak teruk…!! Jijik geli..! Tgk korang ni..

    Reply
  • October 29, 2018 at 8:45 pm
    Permalink

    Rosak teruk da…. musnah hancur!!

    Reply
  • October 29, 2018 at 8:48 pm
    Permalink

    Kalah memang selalu tk puas hati!!! PH terbaik menang!!! SYABAS TAHNIAH PH FAN TUN M…. korang usah angan2 nk pulih…!! Semakin jauh untk di gapai….!! Nyah terus…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.