Hishamuddin Kekal Bersama UMNO, Tolak Spekulasi Sertai PPBM

KUALA LUMPUR- Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi keyakinan untuk tidak sama sekali meninggalkan UMNO sebaliknya akan terus setia bersama parti orang Melayu itu dalam mendepani cabaran politik semasa.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, spekulasi yang mengaitkan dirinya akan meninggalkan UMNO adalah berita tidak benar selain menyifatkan sengaja dibuat pihak tertentu dengan niat melihat ahli di dalam parti berpecah.

“Bila perkara tersebut tidak jadi, mereka akan beralih kepada isu yang lain. Jumlah 40 orang ahli UMNO itu bukan satu angka yang sedikit. Saya mahu tetap dengan UMNO dalam apa juga situasi mendatang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin yang mendedahkan seramai 40 Ahli Parlimen UMNO bakal meninggalkan parti untuk menyertai Bersatu.

Difahamkan, Ahli Parlimen terbabit sudah beberapa kali berjumpa dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepimpinan parti secara berkumpulan atau perseorangan bagi membincangkan perkara itu.

Jumaat lalu, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed secara rasminya mengesahkan beliau menyertai Bersatu selepas menyerahkan secara sendiri borang penyertaan ahli kepada Dr. Mahathir.

Pimpinan Tertinggi Bersatu juga bakal membincangkan kedudukan Mustapa sama ada akan diberikan jawatan dalam parti dan Kabinet. – Kosmo!

One thought on “Hishamuddin Kekal Bersama UMNO, Tolak Spekulasi Sertai PPBM

  • October 29, 2018 at 4:10 pm
    Permalink

    Buang masa layan dia orang ni!!! Biarlah parti korup dgn ahli2nya!! Tk jadi apa pun?? Tk pulih tak!! Rudum junam lgi adalah…makin hari makin rosak musnah hancur???? Ramai lgi dlm senarai menunggu di cekup!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.