Boleh jenamakan semula BN, Pemimpin Juga Harus Baru – Penganalisis

PETALING JAYA: Cadangan Datuk Seri Ahmad Zahidi untuk menjenamakan semula Barisan Nasional (BN) dengan nama baru boleh dilakukan, tetapi pemimpinnya juga mestilah baru, kata penganalisis politik.

Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, pemimpin BN yang dijenamakan semula itu juga haruslah tidak terpalit dengan isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau skandal rasuah lain.

“Kalau ada persepsi bahawa pemimpin ‘jenis’ itu masih memimpin, maka ia samalah dengan pepatah Inggeris ‘old wine in a new bottle’, yang bermaksud barang lama dalam bungkusan baru.”

“Tak ada apa-apa perubahan. Umno ditolak kerana persepsi negatif rakyat terhadap pemimpin yang terpalit dengan isu 1MDB dan juga rasuah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Zahid yang mahu BN dijenamakan semula dengan nama baru sebagai langkah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Presiden Umno dan pengerusi BN itu turut berharap PAS akan menyertai dan mengukuhkan gabungan baru tersebut.

Mengulas lanjut, Agus berkata, sekiranya pemimpin lama masih lagi muncul, maka tidak ada apa-apa penjenaman yang dilakukan kerana persepsi rakyat sebelum ini yang menolak BN dan Umno.

Agus berkata, jika mahu penjenamaan semula itu diterima oleh rakyat, BN juga perlu menawarkan “menu” atau “produk” baru kepada rakyat, bukannya produk lama.

“Produk lama seperti Melayu sahaja, DAP teruk, benci DAP, itu tak ke mana…itu barang lama,” katanya.

Agus memberikan contoh bagaimana Pakatan Harapan (PH) menawarkan produk baru seperti “Harapan Baru” dan “Malaysia Baru”.

“Ia menggambarkan azam untuk meninggalkan politik konservatif yang merosakkan negara kepada politik baru yang lebih bersih,” tambah beliau.

Agus dalam masa yang sama berkata, tidak timbul masalah sekiranya PAS menyertai gabungan baru itu.

“BN boleh bergabung dengan PAS, yang tak boleh ialah bergabung dengan parti yang dianggotai satu kaum sahaja,” katanya. – FMT

One thought on “Boleh jenamakan semula BN, Pemimpin Juga Harus Baru – Penganalisis

  • October 29, 2018 at 1:17 pm
    Permalink

    Jenama apa pun tk jadi…!!! Rosak teruk da…. musnah hancur hangus berderai….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.