RM6.6 juta Harga Nota tulisan Albert Einstein Mula Dijual

BAITULMUQADDIS – PALESTIN. Sebuah nota yang diberikan saintis, Albert Einstein kepada seorang penghantar surat di Tokyo terjual pada harga AS$1.56 juta (RM6.6 juta).

Menurut laporan SCMP, nota berkenaan dibida dalam satu acara bidaan di BaitulMuqaddis, Palestin 24 Oktober lalu.

Nota tersebut sebelum ini dianggarkan bernilai kira-kira RM21,000 hingga RM33,000 dan nyata sangkaan pihak bidaan meleset.

Kata jurucakap acara bida, pembeli nota tersebut adalah seorang warga Eropah yang tidak mahu namanya didedahkan.

Nota berkenaan sebelum ini tersimpan di sebuah hotel, Tokyo Imperial Hotel di Jepun dan ditulis dalam bahas Jerman.

“Kehidupan yang senyap dan sederhana lebih menggembirakan dari kehidupan mengejar kejayaan yang sarat dengan perasaan tidak tenang,” kata nota tersebut.

Nota kedua yang juga ditulis oleh Einstein berjaya dibida pada harga RM1 juta.

“Jika ada keinginan, akan ada jalan,” kata nota tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.