Philippe Badai Florida

HAVANA – Ribut tropika Philippe membentuk di Cuba dan berada dalam laluan membadai selatan Florida, kata pakar kaji cuaca Cuba dan Amerika Syarikat.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) beribu pejabat di Miami berkata, ribut itu berada kira-kira 80 kilometer ke utara Havana pada jam 8.01 malam waktu tempatan, bergerak ke utara pada 45 kilometer sejam dengan kekuatan angin maksimum 64 kilometer sejam, lapor BH.

Mengikut ramalan, pusat Philippe akan berubah menyeberangi Selat Florida dan bergerak ke seluruh Florida Keys atau selatan Florida pada tengah malam, seterusnya menyeberangi barat laut Bahamas.

NHC turut memberi amaran puting beliung berkemungkinan berlaku di beberapa bahagian Florida Selatan.

Florida dibadai taufan Irma Ogos lalu dan ribut tropika Emily pada Julai lalu.

Pertahanan Sivil Cuba, terdahulu memberi amaran mengenai ribut itu turut membawa angin kencang dan hujan lebat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.