Lebih 750,000 Murid Sekolah Dapat Manfaat Program Susu 1Malaysia

MARANG – Seramai 757,439 murid di 7,780 sekolah rendah terpilih di seluruh negara mendapat manfaat menerusi Program Susu 1Malaysia (PS1M) dalam tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalananthan berkata, kerajaan memperuntukkan RM49.3 juta bagi membiayai program berkenaan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, katanya, program untuk murid tahun 1 hingga tahun 6 itu akan diteruskan pada tahun depan berikutan ia mampu meningkatkan kecerdasan dan kesihatan murid.

“Bagi negeri Terengganu, untuk tempoh sama kerajaan membelanjakan kira-kira RM3.2 juta bagi membekalkan susu tersebut kepada 49,835 murid di 353 sekolah rendah di seluruh negeri.

“Saya juga mengucapkan penghargaan kepada kumpulan pelaksana terutama pegawai pendidian negeri-negeri serta guru-guru yang banyak membantu projek kita (kementerian) hingga berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan PS1M peringkat negeri di Sekolah Kebangsaan Jerong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, A Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Shafruddin Ali Hussain.

Mengulas lanjut Kamalanathanberkata, Kementerian juga akan mempertimbangkan permintaan agar program berkenaan diperluaskan kepada pelajar sekolah menengah pula.

Beliau berkata, perkara itu dalam proses kajian untuk menetapkan kos yang diperlukan dan sekolah yang akan terlibat.

“Secara keseluruhannya kita mungkin akan mengguna pakai mekanisme sama kita lakukan kepada murid sekolah rendah.

“Saya pasti program untuk pelajar sekolah menengah ini kita akan putuskan secepat mungkin,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.