Janna Nick Kini Stabil

Pelakon Janna Nick yang telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana masalah jangkitan pada paru-paru kini dilaporkan semakin semakin stabil.

Doktor bagaimanapun menasihatkannya untuk berehat buat sementara waktu.

“Janna berasa kurang sihat sewaktu ingin mengendalikan sebuah program di Putrajaya pada Khamis lalu. Kemudian dia dirujuk ke hospital sebelum doktor mengesahkan ada jangkitan kuman pada paru-paru Janna”

“Buat masa sekarang keadaannya dilaporkan stabil selain perlu mendapat pemantauan pihak doktor,” jelas pengurusnya, Afeeq Abd. Wahab lapor Kosmo.

Janna yang turut berkongsikan gambar tersebut di Instagram turut mendapat kiriman doa daripada peminatnya agar cepat sembuh. Buat Janna, berehatlah secukupnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.