Israel Tangguh Perluasan Penempatan Yahudi

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertindak menangguhkan proses undian rang undang-undang berhubung penambahan penempatan Yahudi, di sini, yang mencetuskan kontroversi.

Menurut AFP, rang undang-undang itu dijangka menjalani proses undian pada peringkat jawatankuasa menteri hari ini, dalam usaha mempercepatkan proses kelulusan di Parlimen, lapoe BH.

Bagaimanapun, pegawai kanan Israel yang enggan namanya disiarkan berkata, rang undang-undang itu memerlukan ‘persiapan diplomatik’, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, keputusan berkenaan dilihat sebagai tanda Netanyahu mahu mengadakan perbincangan dengan Rumah Putih terlebih dahulu, sebelum ia dilaksanakan.

Ia berikutan desakan Washington supaya rundingan damai antara Israel-Palestin diadakan semula.

“Undang-undang itu perlu menjalani proses persiapan diplomatik dan atas sebab itu, ia akan ditangguhkan buat sementara,” katanya.

Rang undang-undang itu akan menyebabkan perluasan kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat hingga ke Baitulmaqdis dengan penambahan kawasan sempadan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.