‘Datuk Seri’ Pukul Anggota Rela Perlu Serah Diri – TPM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran supaya `Datuk Seri’ yang memukul anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) supaya menyerah diri kepada polis.

Timbalan Perdana yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, sesiapa sahaja di negara ini tertakluk di bawah perundangan, dan gelaran atau pangkat bukan merupakan lesen untuk mengambil tindakan kekerasan terhadap orang lain terutamanya petugas beruniform.

“Kita mengetahui siapa dia dan di mana beliau berada, eloklah menyerah diri sebelum polis tangkap.

“Ini pengajaran kepada semua bahawa sesiapa yang mempunyai gelaran bukan bermakna undang-undang berada dalam tangan mereka,” kata beliau selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri Tahun 2017 di Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.