Dakwaan Kutipan Tol Batu Tiga, Sungai Rasau Tamat 2018 Tidak Tepat – PLUS

KUALA LUMPUR – Tempoh kutipan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, berdasarkan perjanjian konsesi baru setelah semakan semula pada 2011 hanya akan berakhir pada 31 Disember 2038 jika tiada pemansuhan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, demikian penjelasan oleh Plus Malaysia Berhad (PLUS).

Menerusi satu kenyataan rasminya semalam, PLUS berkata, perjanjian konsesi baru hasil semakan semula pada 2011 itu dilakukan bagi mengelakkan kenaikan tol (dari kadar RM1.10 kepada RM2.40) jika perjanjian asal yang tamat pada 2018 dipatuhi.

“Perjanjian Konsesi 2011 yang distruktur susulan penswastaan PLUS pada tahun sama, menyaksikan kutipan di semua plaza tol milik PLUS, termasuk Batu Tiga dan Sungai Rasau, diselaraskan.

“Selain itu, tiada sebarang kenaikan kadar tol dilaksanakan, sama ada oleh kerajaan atau PLUS di semua lebuh raya milik syarikat ini sejak 2005,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial apabila sebahagian penyokong pembangkang terpedaya dengan dakwaan bahawa kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau akan tamat pada 2018, tanpa menyedari pada tahun 2011 tempoh konsesi dilanjutkan sehingga tahun 2038 untuk mengelakkan kenaikan kadar tol dari RM1.10 kepada RM2.40.

Mereka yang terpedaya dengan dakwaan tersebut kemudian menuduh Perdana Menteri melakukan pembohongan apabila mengumumkan pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau semasa pembentangan Bajet 2018 kelmarin .

Konsesi kutipan tol Lebuhraya PLUS di Batu Tiga dan Sungai Rasau pada asalnya berakhir pada 2018 berikutan dua penstrukturan semula di zaman pemtadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1999 dan 2002.

Ekoran penstrukturan pada 2002 yang menuntut kenaikan tol sehingga RM2.40, maka pada 2011 satu lagi semakan dan penstrukturan semula dilakukan untuk mencegah kenaikan tersebut dan sebagai ganti tempoh konsesi dilanjutkan sehingga tahun 2038.

Namun, serentak dengan pengumuman Perdana Menteri, dalam pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lalu berhubung pemansuhan kutipan tol di kedua-dua laluan itu bermakna, perjanjian konsesi baru dapat ditamatkan 20 tahun lebih awal daripada perjanjian konsesi baru. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.