Buruh Hampir Maut Badan Tertusuk Besi Sepanjang 1.3 Meter

Lichuan (China) – Seorang buruh hampir maut selepas badannya ditusuk besi sepanjang 1.3 meter selepas terjatuh di tapak pembinaan di sini.

Dalam kejadian pada Selasa lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Li Yu, 40, dilaporkan terjatuh di atas besi cerucuk sepanjang dua meter.

Besi itu menusuk ketiak kiri lelaki itu dan tembus hingga ke bahu kanannya.

Rakan Li yang terkejut melihat keadaan lelaki itu segera memotong besi berkenaan dan membawanya ke Hospital Pertama Wuhan.

Doktor yang membuat imbasan X-ray mendapati lelaki itu bernasib baik besi itu kerana besi berkenaan tidak terkena organ dan saluran darah penting mangsa.

Satu pasukan bomba yang dipanggil memotong lebihan besi yang keluar dari bahu mangsa sebelum doktor merancang pembedahan untuk mengeluarkannya.

Selepas menjalani pembedahan selama empat jam, akhirnya doktor berjaya mengeluarkan besi berkenaan dengan selamat.

Dr Cheng Anyuan berkata, lelaki itu sangat bernasib baik kerana tiada organ penting cedera akibat terkena besi berkenaan.

“Kami berdepan kesukaran mengeluarkan besi itu tanpa mencederakan saluran darah utama dan sekiranya itu berlaku pesakit mungkin boleh maut,” katanya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.