Perdana Menteri Jepun Berpeluang Kekal Jawatan Sehingga 2021

TOKYO, JEPUN – Menjadikannya pemimpin paling lama di negara itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berpeluang mengekalkan jawatan sehingga Sukan Olimpik Tokyo 2020.

 

 

Reuters melaporkan, Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Shinzo memutuskan presidennya untuk meneruskan perkhidmatan bagi penggal ketiga berturut-turut untuk mencapai matlamat dalam menyemak semula Perlembagaan Damai selepas perang.

 

 

Menurut laporan akhbar konservatif Yomiuri, jika Shinzo menang pemilihan semula sebagai ketua LDP dan partinya terus berkuasa, beliau mungkin kekal sebagai Perdana Menteri sehingga September 2021.

 

 

“Keputusan LDP memberinya peluang yang lebih lama untuk menangani isu jangka masa panjang seperti menyemak semula Perlembagaan,”kata laporan itu.

 

 

Shinzo mengambil alih jawatan bagi penggal kedua sebagai perdana menteri pada Disember 2012, dan berjanji untuk meningkatkan semula ekonomi serta pertahanan negara.

 

 

Kini beliau berkhidmat sebagai presiden LDP untuk dua penggal berturut-turut yang akan berakhir pada September 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.