Lelaki Godam Lebih 100 Emel Dan Akaun Peribadi

PENNSYLVANIA – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun setengah selepas didakwa menggodam emel dan akaun peribadi wanita dan mencuri maklumat peribadi, termasuklah gambar bogel dan video.

 

 

Ryan Collins, 36, dijatuhkan hukuman itu Rabu lalu oleh Hakim Persekutuan di Pennsylvania.

 

 

Pendakwa raya berkata, dia memperoleh akses kepada lebih 100 akaun Google dan Apple dari November 2012 hingga September 2014 dan kebanyakannya milik wanita popular.

 

 

Lelaki itu mengaku bersalah pada Mei lalu kerana didapati memperoleh akses haram kepada sebuah komputer yang dilindungi untuk mendapatkan maklumat peribadi.

 

 

Tiada selebriti yang dikenalpasti dalam perjanjian pengakuannya.

 

 

Dalam pada itu, pendakwa raya berkata, mereka tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Collins memuat naik sebarang imej atau berkongsi maklumat di laman sesawang. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.