21,000 Rakyat Berjalan Bersama Sultan Kelantan

Semalam, kira-kira 21,000 rakyat berjalan bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sempena program Walkathon D’Raja Kelantan ‘Lets Go With Me 2016′ di sekitar Kota Bharu.

 

Program edisi kelima anjuran Pertubuhan Kerabat D’ Raja Kelantan Al-Muhammadi itu menampilkan kelainan apabila acara tersebut diadakan pada sebelah malam, petik Utusan.

 

Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli mengetuai sendiri perarakan yang bermula pukul 10 malam itu sambil diiringi Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

 

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

 

Perarakan itu melibatkan laluan sejauh tujuh kilometer bermula dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV menuju ke Jambatan Sultan Yahya Petra sebelum berakhir di stadium sama, kira-kira sejam kemudian.

 

Selain perarakan raksasa, program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti persembahan kebudayaan dan pertunjukkan bunga api.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.