Video: Pesona Terengganu Jadi Program Tahunan – MB

Kuala Lumpur – Karnival Program Pesona Terengganu 2015 bakal menjadi acara tahunan bagi mempromosikan pelbagai produk perlancongan dari negeri tersebut.

 

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program yang diadakan buat julung kali itu berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai.

 

 

‘Pesona Terengganu di Dataran Merdeka akan menjadi program tahunan dan akan diperkasakan lagi dengan lebih banyak produk dibawa datang ke sini’.

 

‘Selain itu juga kita akan bawa Pesona Terengganu ke negeri lain seperti Johor dan jika berpeluang ke luar negara seperti Singapura’ kata ketika sidang media di ibukota petang tadi.

 

Terdahulu Razif mengiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang mengadakan lawatan bagi melihat gerai-gerai yang mengambil bahagian di Karnival Pesona Terengganu.

 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato ‘ Osman Muda, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Perindustian Dato’ Tengku Putera Tengku Awang,  Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu Dato’ Pehimi Yusof serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.