Video: Gadis Kelate Bergusti Lagi, Video Viral Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Selepas video aksi gengster sekumpulan gadis Kelantan membelasah seorang gadis lain viral di media sosial baru-baru ini, satu lagi rakaman video terbaru mencuri tumpuan ramai.

 

Dalam video ini yang turut melibatkan gadis Kelantan, kedua-dua gadis tersebut dilihat bergaduh ala gusti dengan disokong oleh penyokong masing-masing.

 

“Sekarang ni musim orang bergaduh agaknya… Ganas betul awek2 ni,” demikian status yang dimuat naik bersama video tersebut di laman Facebook Video Viral.

 

Tidak dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan tersebut. Ada sumber mengaitkannya dengan kes silap faham.

 

Aksi kedua-dua gadis ini mengundang cemuhan ramai netizen, tidak kurang juga ada yang mempertikaikan tindakan rakan-rakan mereka yang memberi galakan untuk kedua-duanya bergaduh.

 

“Yg ny lagi rmai p’nontonnya…yg llki la dayus bkn nk leraikn taw tgk je.buat malu je lahai korg ny.lokap msih bnyk k’kosongan tu.tggu jela.#polisdirajamalaysia,” ulas Mummy Eka.

 

“Perempuan Kelantan ni muke je lawa..perangai nauzubillah,” komen Taufiq Aiman dalam laman Facebook Video Viral.

 

“Begonnn…wak punohhh nmo ngeri blako ni,” kata Mashree Huzairi yang tidak senang dengan perlakuan gadis terbabit.

 

“malu nye jadi org kelantan..hmm..nasib sye ni JDT,” kata Mohamad Arief pula di ruangan yang sama.

 

Setakat ini lebih 35,000 tontonan direkodkan di laman facebook itu dengan lebih 300 komen oleh netizen dan hampir 400 perkongsian oleh netizen. Tarikh dan lokasi sebenar kejadian tidak dinyatakan. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.