Pemandu Teksi Ditemui Selepas Dua Hari Terhumban Dalam Gaung

KLUANG – Seorang pemandu teksi, Johar Kassim, 68 tahun terpaksa meminum air daripada sungai berhampiran untuk terus hidup, selepas teksi dipandunya terhumban ke dalam gaung Taman Sri Kluang, Kluang.

 

Selama dua hari dan dua malam, beliau yang mengalami kecederaan di bahagian kaki tidak dapat bergerak dan terlantar di sisi teksi di gaung sedalam 15 meter itu.

 

Menurut kenyataan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, sepanjang masa berada di gaung itu mangsa cuba meminta pertolongan tetapi tidak didengari.

 

“Teksi mangsa dipercayai terbabas ke dalam gaung ketika mengundurkan keretanya,” katanya dan menambah, mangsa berada di dalam keadaan lemah ketika ditemui oleh orang awam yang berada di kawasan itu.

 

Ketika ditemui mangsa berada di dalam keadaan sedar, katanya.

 

Anggota bomba menerima panggilan daripada orang ramai tentang mangsa kira-kira 4 petang, sebelum mengeluarkan warga emas di gaung itu dan membawanya ke hospital daerah. – MalaysiaGazette

 

teksi masuk gaung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.