Lim Eng Guan Maut Dalam Kemalangan

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang mempunyai nama hampir sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Selangor, awal pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Lim Eng Guan terbabas, berdasarkan kesan tayar pada permukaan bahu jalan dan rumput di tempat kejadian.

 

Menurutnya, mangsa yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bandar Baru Sri Petaling itu, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

 

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, dibawa keluar anggota bomba.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya.

 

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan, bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.