Gambar: Wartawan Dan Polis Dibaling Telur Ketika Buat Liputan Kes Anwar

Putrajaya – Salah seorang petugas media dibaling telur ketika membuat liputan prosiding rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi apabila jurugambar Kumpulan NSTP, Mohamad Shahril Badri Saari, 34, dibaling telur ketika membuat liputan penyokong-penyokong yang hadir di kawasan penghadang hadapan Istana Kehakiman di sini.

Bagaimanapun, individu yang melakukan perkara tersebut tidak diketahui.

Dalam pada itu, polis memberi laluan kepada penyokong Anwar untuk berteduh di khemah berhadapan Istana Kehakiman.

Namun, polis meminta kerjasama penyokong untuk tidak membuat sebarang provokasi serta mendekati dataran mahkamah. – Astro Awani.

Baca: Video: Tian Chua Arah Penyokong Anwar Rempuh Halangan Polis

 

Polis Dibaling Telur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wartawan Dibaling Telur 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wartawan Dibaling Telur 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.