Video: Tian Chua Arah Penyokong Anwar Rempuh Halangan Polis

Putrajaya – Suasana di pekarangan Istana Kehakiman di sini sedikit kecoh apabila penyokong Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Naib Presiden parti itu, Tian Chua cuba merempuh halangan polis, pagi ini.

Mereka yang mula bergerak dari Masjid Besi jam 8.30 pagi tadi dan berarak menuju ke lokasi perbicaraan Anwar itu sambil melaungkan ‘bebaskan Anwar’ dan ‘reformasi’ cuba menimbulkan suasana tegang.

Malah mengikut laporan yang diterima, ada beberapa anggota polis yang bertugas turut dilempar dengan telur oleh para penyokong tersebut.

Mereka dengan jelas cuba melakukan provokasi bagi menimbulkan suasana kecoh agar pihak polis mengambil tindakan balas.

Bagaimanapun pihak polis berjaya mengawal keadaan dengan membuat ‘tembok manusia’ bagi mengelakkan suasan yang tidak dinggini dari berlaku.

Hari ini masuk hari kedua sesi pendengaran rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.