Siti, Rabbani, Mawi Bergabung Jayakan Konsert Amal

Kuala Lumpur – Tiga penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, kumpulan Rabbani dan Mawi diundang menjayakan Konsert Makan Malam Amal Islami 2014.

Majlis anjuran Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) ini julung kali diadakan bagi mengisi tabungan KPIP. Konsert tersebut akan diadakan di Hotel Kinta Riverfront Ipoh, Perak pada 31 Oktober ini, jam 8 malam.

Pengarah Projeknya Ustaz Muhd Razi Abd Rahman Mat Saad, berkata pertambahan jumlah ahli memerlukan mereka merancang aktviti menyeluruh yang pastinya bermatlamat memberi manfaat kepada semua.

“KPIPmemerlukan pejabat pentadbiran sendirisekali gus memudahkan pengurusan program dakwah dan pendidikan yang dirancang secara berterusan lebih efisyen. “Apabila tiga penyanyi itu sedia bersama kami, ia menandakan mereka sangat prihatin membantu golongan penuntut ini mendapatkan prasarana lebih baik,” katanya.

Hasil jualan tempat dan meja daripada majlis makan malam terbabit turut disalurkan untuk pembinaan sebuah mini studio bagi tujuan rakaman mahu pun latihan dan menubuhkan kumpulan nasyid.

“Kita harap daripada premis dan pelan jangka panjang ini kita dapat menjana pendapatan kerana ia boleh disewakan,” katanya lagi.

Mengenai majlis makan malam pula, beliau menyatakan setiap penghibur bakal tampil mendendangkan empat lagu popular.  Mereka yang berminat memeriahkan acara sambil menyalurkan sumbangan boleh menghubungi penganjur.

Tempahan tempat duduk dijual pada harga antara RM150, RM250, RM350 dan RM500 manakala jualan meja untuk 10 orang dari RM1,500 hingga RM5,000. Sebarang pertanyaan atau tempahan ke majlis berkenaan boleh dikemukakan ke 011 18745318 (Ustaz Taufiq) atau 019 5077587 (Ustaz Radzi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.