Penyokong Saiful Mahu Anwar Ditangkap

Putrajaya – Lebih 500 penyokong plaintif kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan kembali berkumpul beramai-ramai sebagai memberi sokongan padu dan menuntut keadilan di hadapan Istana Kehakiman hari ini.

Mereka yang berkumpul di sayap kiri Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya sekitar 10.30 pagi tadi menjerit-jerit “Tangkap Anwar” berulang kali secara beramai ramai sebelum bersurai kira-kira pukul 2 petang.

Rata-rata mereka turut memegang sepanduk dan kain rentang terteranya ” The Real Victim, Justice for Saiful” serta ” Anwar You Can’t Get Away With Crime”.

Seorang jurucakapnya berkata, Saiful merupakan mangsa dalam kes yang perbicaraannya sedang berjalan dan mahu hukuman adil mesti dikenakan terhadap Anwar sebagai pihak yang didakwa.

“Kami mahu supaya sistem kehakiman negara terus ditegakkan. PKR jangan ugut mahkamah.. tangkap Anwar segera dan tegakkan keadilan kepada mangsa liwat Anwar iaitu Saiful,” katanya yang enggan namanya dikenali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.