Pencalonan Timbalan Speakar Dewan DUN Selangor Telah Bermula, Dilantik Pada Sidang AKan Datang

Kuala Lumpur – Timbalan speakar Dewan Undangan Negeri Selangor yang baharu akan dilantik pada persidangan dewan undangan negeri akan datang 24 Nov tahun ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Hannah Yeoh.

Proses pencalonan telah bermula apabila kesemua 11 anggota dewan undangan negeri (ADUN) menerima surat meminta mereka mencalonkan timbalan speaker baharu, katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Bangunan Parlimen, Rabu.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan jawatan timbalan speaker akan diisi Adun PAS setelah timbalan speaker sebelum ini Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai anggota exco.

Yeoh juga berkata ADUN Morib Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungib, yang digantung daripada PAS, akan kekal sebagai ADUN parti itu pada persidangan dewan undangan negeri akan datang kerana beliau tidak menerima sebarang surat rasmi daripada PAS tentang kedudukan mereka.

“Sepanjang yang melibatkan kami, saya tidak menerima sebarang surat rasmi daripada PAS dan oleh itu, mereka kekal sebagai Adun PAS di dalam dewan,” katanya.

Hasnul dan Saari digantung daripada PAS kerana menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dalam krisis baru-baru ini, yang bercanggah dengan pendirian PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.