Nasib Anwar Ditentukan Jumaat ini

Putrajaya – Keputusan kes perbicaraan rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bakal ditentukan Jumaat ini.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, mahkamah telah memperuntukkan hari esok bagi mendengarkan hujah akhir sebelum keputusan rayuan dibuat terhadap bapanya.

“Perbicaraan akan bersambung esok.

“… Dan kemungkinan besar, keputusan akan diumumkan pada hari Jumaat iaitu selepas Pendakwaraya, Tan Sri Shafee memberikan hujahan balas,” katanya ketika memberi ucapan kepada penyokong bapanya di luar Kompleks Istana Kehakiman hari ini.

Nurul Izzah dilihat keluar tepat jam 5.35 petang hari ini dari Mahkamah Persekutuan, di mana bapanya, Anwar dibicarakan bagi kes yang dihadapi sejak beberapa tahun dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.