Malaysia Iktiraf Sumbangan Dubai Majukan Ekonomi Islam

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menghadap Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Dubai.

Najib, menerusi akaun Twitter, berkata beliau berbesar hati dapat bertemu Sheikh Mohammed dalam kunjungannya ke UAE untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-10.

“Malaysia mengiktiraf sumbangan penting Dubai ke arah memajukan ekonomi Islam global.

“Diharapkan dengan Dubai sebagai tuan rumah WIEF ke-10, forum ini akan dapat mencapai objektifnya dalam membantu pembangunan ekonomi negara-negara dan masyarakat Islam melalui perbincangan berdasarkan konsep perkongsian inovatif,” katanya.

Najib tiba di UAE Ahad lepas untuk lawatan kerja sempena WIEF di Madinat Jumeirah sehingga 30 Okt.

Ini merupakan lawatan kedua beliau ke UAE. Pada Mei lepas, beliau berkunjung ke Abu Dhabi, ibu negara UAE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.