Lagenda Bola Sepak, Maradona Pukul Teman Wanita Kerana Mencuri

Buenos Aires – Bekas bintang bola sepak Argentina, Diego Maradona pada Selasa membuat laporan polis mendakwa teman wanitanya, Rocio Oliva, mencuri selepas video yang menunjukkan dia memukul teman wanitanya diedarkan.

“Saya bercakap dengan Diego dan dia memfailkan aduan itu,” kata Oliva kepada televisyen Argentina.

Hubungan Oliva, 22, dan Maradona, 53, sering bergolak dan mereka kerap bergaduh. Bekas bintang bola sepak itu kini menetap di Dubai dan mempunyai kontrak mempromosi sukan.

Saluran televisyen Argentina telah mengeluarkan satu video pendek yang dikatakan dirakam oleh Oliva dalam sebuah bilik di rumah Maradona.

Dalam rakaman kabur itu, Oliva boleh didengar berkata “Berhenti, berhenti” seolah-olah dia sedang cuba mengelakkan serangan.

Maradona memberitahu, dia hanya menepis telefon dari genggaman teman wanitanya dan menafikan dia memukul Oliva, seorang pemain bola sepak wanita.

Oliva menyangkalkan dia yang mengedarkan video itu, sebaliknya mendakwa ia perbuatan “anak saudara” Maradona yang tidak disebutkan namanya.

Mac lalu, Maradona menuduh Oliva mencuri barang kemas dan barangan berharga lain di Dubai. Pasangan sering menjadi bahan utama tabloid dan media selebriti di Argentina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.