Video: Ibu Sujud Mohon Ampun Kesalahan Anak Hina Presiden

Jakarta – Seorang ibu yang hanya dikenali sebagai ‘ibu Mursidah’ terpaksa menyembah dan merayu kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi agar membebaskan anaknya yang ditahan atas kesalahan menghina presiden republik itu,di media sosial semasa kempen pilihan raya Julai lepas.

Menurut Mursidah beliau merayu kepada Presiden Jokowi agar memaafkan kesalahan anaknya itu yang merupakan ‘tulang belakang’ bagi mencari nafkah untuk keluarganya.

“Saya mohon untuk berjumpa dengan Pak Jokowi, saya minta maaf, maafkan anak saya.

“Anak saya tidak tahu apa-apa, saya sujud di kaki Pak Jokowi, saya merayu pak,” kata Mursidah sambil menangis.

Menurut laporan, Mursida terus tunduk sujud dan menangis sambil merayu agar anaknya dibebaskan dari penjara.

“Kalau perlu, tukar nyawa (kesalahan) anak saya dengan saya. Saya mohon bebaskan anak saya pak,” rayu Mursidah lagi.

Suspek Muhamad Arsad atau dikenali sebagai Imen, 24, dikatakan telah mengubah suai sekeping gambar lucah dan meletakkan gambar Jokowi bersama mantan presiden kelima Indonesia, Megawati Soekarnoputri.

Dia kemudiannya memuatnaikkan gambar tersebut di laman Facebook miliknya, Asyard Assegaf (Anti Jokowi).

Sejurus meneriam laporan mengenai penyebaran gambar tersebut, pihak polis segera menjalankan siasatan terhadap akaun Asyard Assegaf (Anti Jokowi).

Hasil siasatan mendapati akaun tersebut milik Imen yang bekerja sebagai tukang cucuk satay yang akhirnya ditahan Khamis lalu di Markas Besar Polis Republik Indonesia di Jakarta.

“Dia hanya ikut-ikutan saja, terjebak situasi politik saat itu,” kata peguam MA, Irfan Fahmi seperti dilaporkan oleh Tempo.co.

Menurut Irfan, Imen melakukan hal itu kerana tidak faham bahawa perbuatannya boleh mencampakkannya ke penjara. Dia juga telah memadamkan gambar-gambar tersebut kerana takut sebelum pihak berkuasa.

Imen bakal berdepan dengan dakwaan di bawah undang-undang berkaitan dengan jenayah siber dan pornografi. Jika sabit tuduhan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Joko mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden republik itu pada 20 Oktober lepas. Bekas Gabenor Jakarta itu mengalahkan lawannya, Prabowo Subianto dengan kelebihan 53 peratus undi.

Kemenangan Joko itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Perlembagaan selepas Prabowo mencabar keputusan berkenaan.

 

Baca: Hina Presiden Jokowi, Tukang Cucuk Satay Ditahan Polis

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.