Hello Kitty Memandu Dalam Keadaan Mabuk Ditahan

Gorham – Polis menahan seorang wanita berpakaian seperti watak Hello Kitty kerana memandu dalam keadaan mabuk, kata polis pada Selasa.

Polis Gorham berkata, Carrie Gipson, 37, dari Westbrook ditahan kira-kira pukul 2 pagi Ahad lalu.

Ketika ditahan, kata jurucakap polis, Carrie memandu di laluan salah.

“Pada awalnya dia enggan membuat ujian pernafasan tetapi selepas akur, dia ditangkap atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.

“Dia kemudian ditahan di Penjara Cumberland,” katanya.

Berdasarkan gambar fail polis, Carrie dilihat memakai pakaian lengkap Hello Kitty, kecuali bahagian kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.