Fahmi Guna Kuasa, Peralatkan Pelajar Dan Bertindak Bebas Tanpa Persetujuan Anggota Dewan

Kuala Lumpur – Pelajar Universiti Malaya (UM) telah mencipta sejarah Isnin lalu apabila berkumpul dan bersatu menentang pihak pentadbiran universiti, berkenaan desakan mereka yang membawa pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus untuk mendengar pidatonya “40 tahun, dari UM ke penjara”.

Walaubagaimanapun, di sebalik peristiwa ini, ia turut mendedahkan bahawa pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM), Fahmi Zainol bertindak secara bebas tanpa persetujuan daripada mana-mana daripada 43 orang anggota dewan yang lain.

Pengerusi Kolej Kediaman dan Luar Kampus, Mohd Faridzuan Karim berkata, program pidato Anwar tersebut tidak pernah dibincangkan secara bersama MPPUM yang lain dan pihaknya berasa terabai serta tidak dipedulikan olehnya.

“Fahmi menggunakan kuasa sebagai YDP (Presiden) untuk membuat keputusan satu pihak untuk meneruskan program yang tidak pernah dipersetujui oleh MPP yang lain.

“Mengapa, bagaimana dan apa alasan beliau (Fahmi) bagi menggunakan nama MPPUM dalam poster yang ditempatkan di seluruh universiti?,” katanya yang marah apabila melihat poster yang mengandungi nama MPPUM yang terpampang di seluruh kampus.

Katanya, beliau juga tidak menyokong penganjuran program pidato oleh Anwar.

Mohd Faridzuan menambah, MPPUM turut menentang tindakan Fahmi yang membawa Anwar ke kampus.

Beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan pelajar yang hadir adalah bukan daripada pelajar UM tetapi dari luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.