‘Facing Up To Fazura’ Tampilkan Realiti Hidup Fazura

Kuala Lumpur – Aktres jelita, Fazura menjadi artis Malaysia pertama mempunyai program realiti sendiri yang akan disiarkan di saluran antarabangsa E!

Program dokudrama lima episod yang diberi judul ‘Facing Up To Fazura’ Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura bakal mendedahkan kepada penonton kehidupan peribadi aktres berusia 31 tahun itu.

Diminta mengulas tentang dokudrama terbabit, Fazura berkata, walaupun dirinya bukanlah seorang yang terbuka dalam soal peribadi, namun dia ada alasan tersendiri apabila menerima tawaran terbabit.

“Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.

“Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka,” kata Fazura.

Menurut pelakon filem ‘Kami Histeria’ dan ‘Tembus’ ini, program itu juga menjadi program pertama dirinya memperkenalkan anggota keluarga kepada khalayak.

‘Facing Up To Fazura’ diterbitkan oleh penerbit sama bagi program realiti Filipina, ‘It Takes Gutz to be Gutierezz, Karen Wiggins’.

Program setengah jam itu bakal menemui penonton saluran berkenaan pada pertengahan Disember depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.