Bienda Selamat Lahirkan Anak Kedua

Kuala Lumpur – Penyanyi dan ahli perniagaan, Bienda selamat melahirkan anak perempuan diberi nama Laxiendra Namiraz Kamarul Zariman di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada 23 Oktober lalu.

Laxienda yang juga anak keduanya dilahirkan sekitar jam 8.14 malam. Hasrat Bienda untuk melahirkan anak secara normal juga tidak kesampaian kali ini kerana berdepan dengan masalah yang tak dijangka.

Sebelum ini, anak sulungnya, Lavienda Namiraz dilahirkan secara pembedahan juga. Anak keduanya ini dilahirkan awal daripada waktu yang dijangkakan iaitu pada 2 November depan.

Sebelum ini juga Bienda berharap dikurniakan anak lelaki tetapi ternyata rezekinya masih pada anak perempuan.

“Memang tak ada rezeki saya nak lahir secara normal. Tapi saya bersyukur anak kedua ini sihat walafiat dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Dari awal doktor pun cakap sepatutnya tak ada masalah untuk bersalin secara normal.

“Tapi tiba-tiba tak tahulah kenapa saya demam panas sejak Rabu lalu. Keesokan harinya terus rasa sakit nak beranak dan bergegas ke hospital. Tak sampai sejam di hospital air ketuban saya pecah dan degupan jantung anak saya pun berdegup laju.

“Jadi bimbang membahayakan kesihatannya, doktor suruh saya bersalin secara pembedahan saja,” katanya yang akan berpantang di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.