Apa Peranan PEMANDU Soal Aziz Sheikh Fadzir

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dari Barisan Nasional (BN) menggesa Putrajaya untuk menilai semula peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) kerana bertindan dengan kementerian sedia ada.

Katanya Pemandu gagal menjalankan peranannya dan sehingga kini hala tuju badan itu masih kurang jelas.

“Secara peribadinya kita tidak nampak apa peranan Pemandu ini sebenarnya. Tugas mereka bertindan dengan kementerian lain,” soalnya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, Pemandu‎ tidak berfungsi dan tugasnya perlu dikembalikan semula kepada Unit Perancang Ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.