Anwar Perlu Bersumpah – Ramesh Rao

Petaling Jaya – Presiden Persatuan Minda Sosial dan Prihatin Ramesh Rao berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu sumpah menjunjung Al-Quran seperti mana yang dilakukan Saiful Bukhari Azlan sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah dalam tuduhan meliwat.

“Sekiranya beliau mahu rakyat yakin dan percaya, Anwar perlu bersumpah seperti yang dilakukan Saiful,” katanya kepada FMT.

Pada masa sama Ramesh menyelar kenyataan Anwar yang mendakwa dirinya difitnah (meliwat) kerana membela rakyat Malaysia dan memerangi rasuah.

Jelas beliau tindakan tersebut langsung tidak masuk akal kerana ramai lagi Pemimpin Pembangkang lain lantang bersuara menyerang kerajaan tetapi tidak satupun difitnah dengan isu moral.

“Bagi saya Anwar tidak sepatutnya membuat dakwaan sebegitu apabila dituduh terlibat dengan masalah moral kerana pemimpin pembangkang lain tidak pula difitnah dengan isu tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu Ramesh turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang yang mendesak Badan Peguam Malaysia untuk menjelaskan sama ada terdapat apa-apa “pengecualian khusus” yang diberikan kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk diwakili oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Hakim yang telah bersara dari mahkamah persekutuan tidak layak menjadi peguam kerana akan mempengaruhi keputusan hakim lain,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.