Tidak masuk akal tuduh mahkamah dikuasai perdana menteri, kata Tun Mahathir

un Dr Mahathir Mohamad (gambar) tidak bersetuju dengan tuduhan mengatakan mahkamah Malaysia dikuasai oleh perdana menteri, sebaliknya menegaskan institusi tersebut bebas.

Bekas perdana menteri itu berkata keputusan baru-baru ini melibatkan kalimah ‘Allah’ adalah bukti jelas institusi mahkamah bebas dalam penghakimannya.

“Mahkamah Malaysia adalah bebas sebebasnya walaupun terdapat segelintir peguam terlepas akibat tingkah laku tidak senonoh.

“Keputusan mahkamah mengenai penggunaan perkataan ‘Allah’ adalah satu contoh kebebasan mereka,” kata Dr Mahathir dalam tulisan blognya hari ini, merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan menghalang Gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu, Herald.

“Ia adalah tidak munasabah mengatakan mahkamah Malaysia pernah dikuasai perdana menteri,” kata Dr Mahathir lagi.

Beliau kemudian berhujah bahawa situasi ini sama seperti yang berlaku di Palestin di mana umat Islam ditindas oleh Israel.

“Saya mengingatkan Israel yang mengatakan mereka diancam oleh kekerasan Arab tetapi sebaliknya mereka yang menindas dengan merampas tanah Palestin untuk membina penempatan mereka dan menangkap hampir 10,000 warga Palestin termasuk kanak-kanak, mendera dan membunuh mereka secara kejam,” katanya lagi.

Beliau juga mengecam The Malaysian Insider dengan mengatakan hujah lama ke atasnya, sama seperti propaganda Nazi yang menaburkan pembohongan berkali-kali sehingga ia diterima sebagai suatu kebenaran.

“Malaysian Insider akan keluarkan hujah lama ke atas saya, sama seperti Israel lakukan, kerana mereka bankrap idea untuk merosakkan saya. Kamu boleh bertaruh Malaysian Insider akan keluarkan pelbagai dakwaan liar sekarang dan berulang kali.

“Ia adalah propaganda menteri Nazi, Goebbels, yang mengisytiharkan bahawa pembohongan kalau diulang-ulang akan diterima sebagai satu kebenaran,” katanya.

Sistem kehakiman negara tercalar pada tahun 1988, apabila bekas Ketua Hakim Negara Malaysia Tun Mohamed Salleh Abas dipecat sehingga berlaku apa yang dipanggil sebagai ‘krisis perlembagaan’.

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 tercetus selepas pemilihan Umno pada tahun 1987 yang berakhir dengan pengharaman Umno pada 4 Februari 1988 dan kemudiannya penyingkiran Mohamad Salleh daripada jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Dzaiddin Abdullah tahun lalu mendedahkan peristiwa ‘krisis perlembagaan’ itu sebagai punca sistem kehakiman negara lemah dengan meletakkan kuasa Parlimen sebagai penentu kehakiman negara.

Selain itu, negara juga dikejutkan dengan klip video ‘Lingam’ yang muncul pada 2002.

Klip video ini dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka, Datuk V.K. Lingam dan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim-hakim di Malaysia pada 2002. – 29 Oktober, 2013.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.