Wakil Ameerah PAS Hadir Perhimpunan Agung Puteri UMNO

KUALA LUMPUR – Rombongan entiti muslimat muda PAS, Ameerah hadir memeriahkan persidangan Pergerakan Puteri UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Kehadiran Ameerah PAS diketuai Pengarah Ameerah Malaysia, Husna Hashim bersama beberapa wakil entiti itu turut bersama-sama perwakilan Puteri mendengar ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Dewan Pemuda dan Muslimat PAS diketuai Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Dr Nuridah Mohd Salleh serta ahli jawatankuasa turut hadir di persidangan Pemuda dan Wanita UMNO. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.