Video: Buku ‘Hala Tuju Orang Melayu & UMNO’ Bincangkan Masa Depan Orang Melayu

Oleh: Naimah Shaari

 

KUALA LUMPUR – Kejatuhan parti UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membuka ruang buat seorang penulis menulis buku tentang orang Melayu dan partu ini yang berjudul ‘Hala Tuju Orang Melayu dan UMNO’ selepas 9 Mei.

Penulisnya, Isyam Jalil berkata, beliau mengambil masa tidak sampai sebulan untuk menyiapkan buku dalam tulisan yang pendek dan mudah dibaca agar difahami oleh pembaca mengenai masa depan UMNO.

”Selepas PRU14, ketika itu kali pertama dalam sejarah kita (Barisan Nasional dan UMNO) telah kalah. Pada ketika itu nampak kucar-kacir. Jadi kita perlu hala tuju ke mana kita akan pergi selepas ini.

”Saya tulis dalam bentuk pendek, mudah dibaca dan menjawab persoalan ke mana kita akan pergi. Kenapa kita perlu perjuangkan orang Melayu balik,” kata Isyam.

Dalam buku yang ringkas ini, Isyam turut menulis tentang perjuangan asas UMNO berdasarkan identiti yang dibawa dan turut menyentuh isu raja-raja Melayu serta parti ‘multi-racial’.

”Perjuangan UMNO berasaskan identiti dan kenapa ia perlu. Juga saya sentuh tentang raja-raja Melayu. Kalau kita lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) mereka ingin membawa ideologi Republik Malaysia tanpa institusi raja-raja Melayu. Jadi dalam buku ini saya ada terangkan kenapa ia penting dan perlu,” katanya lagi.

Beliau menambah, adalah penting untuk menerangkan tentang perjuangan orang Melayu dalam UMNO memandangkan tidak ada parti yang membawa matlamat menjaga dan perjuangkan nasib orang Melayu.

”Adalah penting pergi ke masa depan untuk perjuangkan bangsa Melayu sebab banyak isu dan permasalahan orang Melayu yang tidak diselesaikan.

“Jika bukan UMNO perjuangkan orang Melayu, siapa yang akan perjuangkan,” beritahu Isyam.

Justeru itu, Isyam turut menulis menyatakan pandangannya mengapa UMNO perlu kekal relevan bagi perjuangan orang Melayu termasuk mempertahankan agama Islam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.