VIDEO: UMNO Saman Pemimpin Lompat Parti

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap wakil rakyat yang bertindak melompat parti.

Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO malam ini, Zahid berkata writ saman juga telah dihantar kepada mereka yang terlibat.

“… demi menghormati kehendak ahli-ahli parti yang telah dikhianati, kita telah pun mengambil langkah drastik melalui tindakan undang-undang.

“Saya ingin menyatakan bahawa writ saman telah pun dihantar kepada beberapa individu terbabit. 

“Kita menuntut bayaran balik yang melibatkan kos dan mereka juga perlu mengosongkan semula kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO dan Barisan Nasional,” kata Ahli Parlimen Bagan Datok itu.

Katanya lagi, mengambil iktibar agar isu pemimpin lompat parti tidak lagi berulang pada masa hadapan, semua wakil rakyat UMNO kini akan diminnta menandatangani akujanji.

“Jika mereka keluar parti, maka status mereka sebagai wakil rakyat terlucut secara automatik! Kita akan tuntut mereka membayar penalti, ganti rugi!”, katanya lagi.

Baru-baru ini Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar parti. Ia diikuti Ketua UMNO Bahagian Cheras,  Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee seminggu kemudian. 

Sebelum ini, tiga Ahli Parlimen sudah meninggalkan parti, iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Mei lalu, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Sabah keluar parti iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Jamawi Jaafar (Kemabong) dan Datuk James Ratib (Sugut), disusuli ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman, bulan lalu. -SuaraTv 

One thought on “VIDEO: UMNO Saman Pemimpin Lompat Parti

  • October 3, 2018 at 8:07 pm
    Permalink

    eloklah keluar ramai ahli2 semua? da tk betul semuanya?? carilah parti lain yg lebih jujur amanah walau bukan parti yg nampak islamik? yg kita nmpk tk bolih buat ukuran dan panduan? semua auta kari? sblm nyesal baik cabut dulu!! tk bolih pulih dah??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.