UMNO Bukan Parti Rasis, Berat Sebelah, Prejudis

KUALA LUMPUR: UMNO bukanlah sebuah parti rasis, berat sebelah dan prejudis atau menjadi ancaman kepada kaum lain.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata orang Melayu tidak pernah menzalimi dan meminggirkan mana-mana kaum lain, jauh sekali untuk mengambil hak kaum lain secara paksa.

“Malah, kita telah membuktikan bahawa kita sentiasa bertindak di atas ‘the Malay wisdom’ atau ‘Bijaksana Melayu’, dan meletakkan prinsip ‘al-adlu wal-ihsan’ (adil dan ihsan) sebagai ‘kompas moral’ dalam setiap tindakan,” katanya pada Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018, malam ini.

Beliau berkata hakikatnya, pada hari ini, orang Melayulah yang paling terdedah dengan sikap bias dan prejudis bangsa lain kepadanya.

Katanya, orang Melayu dituduh bodoh dan kononnya pemalas, terlalu bergantung kepada subsidi dan bantuan kerajaan.

“Lebih menyedihkan lagi, apabila bangsa kita disebut sebagai bangsa pengemis dan amat menghairankan mereka yang berada dalam saf kepemimpinan kerajaan hari ini, rela bangsanya dihina sebegitu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata akibat daripada sikap prejudis dan bias itu, ramai orang Melayu masih sukar mendapat peluang yang saksama, terutamanya dalam menyertai syarikat swasta yang bukan milik Melayu.

“Usahawan Melayu masih menghadapi masalah menembusi rangkaian perniagaan, dan mendapatkan bekalan pada harga yang kompetitif dari sumber yang dikuasai bukan Melayu.

“Orang Melayu masih gagal menguasai ekonomi kerana disiskriminasikan,” katanya. – BERITA HARIAN

2 thoughts on “UMNO Bukan Parti Rasis, Berat Sebelah, Prejudis

  • September 30, 2018 at 5:59 pm
    Permalink

    parti korup? nyah terus!! da hancur musnah rosak jijik jelik takbur bongkak salahlaku byk lagilah nk cakap! tunggu lepas najib rosmah ada lagi kes korang buat dulu? jgn lak lupa ya..tkleh lari punya…! lepas ni satu..satu.. kes lembu.altantuya.1mdb. felda. kem sg
    besi.trx. kondo2. byk2 sgt ada ratusan kes ..MKN lagi punah? allah swt maha kaya maha adil lagi bijaksana..tk leh tipu punya..tepis.elak . sorok lah sampai bila??? langit tu tinggi.. apa kau buat dulu itu kau dapat tak? adil lah ya..sama2 kita tahu nanti. amin….

    Reply
  • September 30, 2018 at 6:00 pm
    Permalink

    tolak parti korup..undi yg amanah bersih jujur…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.