Reman Azeez Dilanjut 6 Hari Lagi

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman selama enam hari lagi terhadap Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif Abdul Rahim bagi membantu siasatan bersabit kes rasuah.

Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanjutkan tahanan reman terhadap kedua-dua mereka bermula esok sehingga 5 Oktober ini.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek yang direman bersama Azeez sebelum ini, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000 dengan 2 orang penjamin selepas SPRM tidak meminta lanjutan reman.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini direman selama 4 hari bermula Rabu lepas bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ditahan di ibu pejabat SPRM pada pukul 11.15 pagi Selasa lalu ketika hadir untuk memberi keterangan, manakala Abdul Latif yang juga Pengurus Besar sebuah syarikat pengurusan hartanah ditahan pada pukul 11.30 pagi pada hari yang sama di Sungai Buloh.

Sementara itu pengarah syarikat berumur 36 tahun itu pula ditahan pada pukul 5.30 petang (Selas) di ibu pejabat SPRM. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.