PRK Port Dickson 7 Penjuru

PORT DICKSON – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan, Pas dan Bebas.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Khairy Maamor ketka mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu pada jam 11.09 pagi tadi.

PH meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon manakala Pas mempertaruhkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Khairy berkata, lima calon yang bertanding atas tiket Bebas adalah Tan Sri Isa Samad, Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.

Pada 28 Jun 2008, Saiful Bukhari adalah individu yang mendakwa Anwar meliwatnya di sebuah kondominium di Damansar.

Ekoran itu14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar di Penjara Sungai Buloh dan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan ke atasnya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.