Anwar Bukan Pengganti Tun M – Peramal Thailand

KUALA LUMPUR – Seorang peramal wanita baru ini meramalkan bakal berlaku tangkapan besar-besaran di Malaysia pada November 2018 dan pergolakan berlaku dalam negara ini sehingga tahun hadapan.

Peramal Thailand yang juga pernah menjangkakan berlakunya gempa bumi di Sabah dan kehilangan kapal terbang sebelum ini, Navaracha Pinitlokakorn aka Prai terbaru sekali lagi membuat ramalan kali ini tentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri, dalam masa yang sama Tun Dr Mahahir Mohamad bakal mengalami masalah kesihatan yang serius menjelang Jun tahun hadapan.

Berdasarkan video di yputube yang berdurasi 8:47 minit, dia mendakwa dalam masa dua tahun, satu fenomena alam yang aneh akan menyebabkan Semenanjung Malaysia akan ‘berpecah’ menjadi dua.

Beliau juga memberi amaran bahawa dalam tempoh dua tahun akan datang, Malaysia akan mempunyai beberapa bencana, dan antara struktur yang terjejas teruk termasuk bangunan 50 tingkat yang terletak berhampiran persimpangan jalan raya di Kuala Lumpur.

Kemalangan juga ramalannya mungkin berlaku di kPergunungan Titiwangsa.

Navaracha Pinitlokakorn terkenal kerana memiliki keupayaan psikik sejak muda menjadi, banyak ramalannya yang menjadi realiti.

Ini termasuk gempa bumi dan tanah runtuh utama di Thailand, pada bulan Jun dan Julai tahun ini, di tempat seperti Phuket, Krabi, Phang Nga, Siam Bay, selain letusan gunung berapi di Indonesia.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.